Aku tak tahu dari mana harus ku mula kan. Namun hari ni cuma nak berkongsi perasaan gembira. Hari ni kami budak2 farmasi USM telah mengadakan aktiviti riadah di Hutan Lipur Bukit Pancur. Seronok sangat dengan aktiviti kat sana. Terasa makin dekat dengan semua pelajar farmasi. Akhir kata, aku sangat seronok.
Nak cerita la sikit pasal semester ni kan. Kami da melangkah ke tahun 4 yakni telah menjadi senior tahun akhir. Tanpa disedari kami sudah disini. Terasa masih baru melangkah ke bumi USM ni. Walaubagaimana pun disini lah kami sekarang. Bakal menghadapi clerkship pada minggu hadapan. Kami dibahagi kan kepada 2 kumpulan. Satu di Hospital Penang dan satu di HUSM.
Seseorang tanya aku, "sedih ke?" Pada saat tu aku hanya mampu tersenyum. Lama la juga aku berfikir. Dan aku dapat simpul kan memang aku SEDIH. Dan hari ni bila dia datang balik happy semacam je perasaan ni. Tapi dalam masa beberapa hari lagi, dia akan hilang lagi. Haish ! Kembali mengejar cita-cita. Dan aku kembali merindu dari jauh. Aku rasa da tak ada orang yang baca blog aku ni. So aku berani merepek kat sini. :P
p/s: Merapu je aku ni. Kesan sudah lama tidak menulis. Harap maaf :)

0 teguran:
Post a Comment